Sabtu, 12 Jun 2010

dekorasi spa

Ini adalah sebahagian gambar di spa kami.

katil untuk treatment wajah



bahagian pencucian kaki dan lulur kaki




sauna


mandi buih hidroterapi


Ruangan membaca



Khamis, 3 Jun 2010

Bahan Mandian Hidroterapi



Kebaikan Mandian Hidroterapi dan Urutan buih Ultrasonik

Mandian hidroterapi dan urutan buih ultrasonik merupakan salah satu kaedah terkini dalam merawat penyakit yang dihidapi oleh individu. Mandian hidrosonik dan urutan buih ini bukan hanya untuk mereka yang berpenyakit tetapi untuk semua orang yang menginginkan penjagaan kesihatan secara optimum. Memandangkan ia mendapat tempat dihati para pengguna aromaterapi,kami menyediakan servis mandian buih ultrasonik di kedai kami.

Berikut adalah kebaikan mandian hidroterapi dan urutan buih ultrasonik


1) Kecantikan
- melangsingkan dan mencantikkan bentuk badan

- memutihkan dan menghaluskan kulit
- memejal otot-otot badan dan muka

- menghilangkan bau badan

- mengurangkan perut buncit

- mengetatkan organ peranakan


2) senaman

- 15 minit mandian hidroterapi dan urutan buih ultrasonik menyerupai senaman lain seperti berjoging sejauh 3 hingga 5 km.

- mampu membakar 300-500 kalori

- mandian hidroterapi merupakan senaman pasif tetapi berkesan dan amat sesuai untuk diamalkan sebagai gaya hidup terkini.


3) Pemanasan dalaman

- penting untuk sistem pertahanan badan

-menambah bilangan sel-sel limfosit (sejenis sel darah putih) untuk melawan penyakit

- mengaktifkan sel-sel limfosit untuk meningkatkan sistem kekebalan badan


4) Urutan

- buih-buih ultrasonik yang terhasil ketika mandian selama 15 minit menyerupai kesan mengurut secara professional selama 3 jam

- tiada kesan sakit selepas mandian,tidak seperti urutan fizikal yang kadang kala boleh menyakitkan badan pelanggan

-mandian hidroterapi dan buih ultrasonik tidak akan meninggalkan kesan lebam


5) pembersihan menyeluruh

- Gegaran ultrasonik mengeluarkan bahan-bahan toksik dalam sel-sel badan

- detoks menyeluruh sehingga ke peringkat sel












gambar diatas ialah jenis2 aromaterapi yang digunakan dalam mandian buih ultrasonik hidroterapi tersebut.kami menggunakan bahan aromaterapi yang bersesuaian dengan keperluan pengguna.


tub mandi yang disediakan


Mandian buih hidroterapi ultrasonik disediakan di spa kami.setiap sesi mandian adalah selama 15 minit dan akan di caj sebanyak RM 25.

Jika anda berminat untuk mencuba atau memang tercari-cari mandian hidroteapi ultrasonik ini,anda boleh datang ke spa kami yang beralamat seperti di bawah :

De Fantasy Spa,
No. 14 Tingkat 2,
Jalan Ahmad Shah,
28000 Temerloh,
Pahang

atau menghubungi pengurus kami di talian
012-9157609 (Puan liza)









Pengenalan kepada Hidroterapi

Penggunaan air dalam kaedah rawatan telah lama diamalkan sejak dahulu lagi. Kaedah rawatan menggunakan air yang dikenali sebagai hidroterapi ini telah digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti menurunkan kadar tekanan darah tinggi,migrain dan sebagainya.


Kaedah hidroterapi dalam merawat penyakit ini telah lama bertapak dan diasaskan oleh beberapa orang pakar perubatan seperti Dr. Floyer dari England, Dr. Sebastian Kneipp dari Jerman dan Dr. Wilhelm Winternitz dari Vienna. Merekalah antara nama-nama yang terlibat dalam menengetengahkan hidroterapi dalam dunia perubatan.


Dewasa ini, penggunaan kaedah hidroterapi dalam merawat penyakit telah mendapat tempat dihati individu yang mahukan kehidupan yang sihat dan cergas. Mandian hidroterapi buih ultrasonik SG 2000 Home Spa kini semakin popular di kalangan masyarakat Malaysia kerana mempunyai kelebihan bagi merawat pelbagai jenis penyakit bahkan mampu mencantikkan luaran dan dalaman pengguna.

Selasa, 1 Jun 2010

Lulur kaki dan badan

Bagi rawatan badan dan kaki, kami menggunakan lulur "coffee" 
Setiap sesi rawatan untuk lulur kaki adalah selama satu jam dan di caj sebanyak RM45.00

Kebaikan lulur kopi
  • bau yang  menenangkan
  • menanggalkan sel-sel kulit mati
  • melembutkan kulit
  • menghaluskan kulit
  • antioksida
  • mencerah penuaan
  • menghilangkan bau badan
contoh : Lulur Kopi (kaki)



Ramuan yang digunakan untuk lulur..


Air untuk basuh kaki (Air Suam + bunga + garam bukit) , kopi asli, alat pembersihan kaki


Kaki direndam


Kaki dibersihkan terlebih dahulu


memberus kaki


meletakkan lulur di kaki

melumur lulur di kaki







kemudian  kaki dibilas menggunakan air suam selepas selesai lulur


kaki di lap dengan tuala


akhir sekali kaki akan disapukan losyen