Jumaat, 6 April 2012

Itu lah saya


Salam sayang utk semua..Pagi ni Temerloh ujn..sejuk je..begitu juga sejukny ati sy..tergerak di ati sy utk bkongsi pengalaman sy dgn anda semua..slama ni sy pendamkn sorg2 kesedihan n kegembiraan sy utk membuka sebuah SPA.

Seperti anda tahu..saya adalh pengasas De Fantasy Spa. Betul kata org tanpa ilmu kite akn jatuh..Itulah yang berlaku ke atas sy.Saya tidak mempunyai ilmu dalam bidang ini.Sy adalah peniaga yang berniaga di pasar2 mlm n pekan2 sari sekitar Temerloh.

Disebabkn mak cik sy yang hendak membuka sebuah pusat kecantikan,beliau telah menyuruh sy utk mcari sbuah kedai utkny..dgn modal pusing perniagaan pasar mlm n pekan sari sy..sy telah menyewa sebuah kedai di tengah2 bandar Temerloh.Sy tlh menggunakan semua duit modal sy untuk mbuat pembayaran dan penjanjian sewa kedai..

Malangnya selepas segala urusan semua sy siapkn,mak cik sy tidak jadi membuka pusat kecantikan tersebut.Sy hanya terkapai2 kerna tiada modal untuk memulakan perniagaan..masa tu sy rs dbelenggu kesedihan yang amat sgt..Atas sokongan keluarga sy..mereka memberi sy modal untuk memulakan perniagaan di kedai y sy sewa itu..bermulalah episod sy..cabaran demi cabaran sy lalui..

Sy mengambil kursus kecantikan..sy blajar n blajar..sy masih tidak dpt mguasai sepenuhny dlm bidang ini..hidup sy penuh dengan tekanan.semakin hari semakin banyak masalah y dtg..ape y sy selalu sy ingatkn pd diri sy..adalah..sy mesti dpt laluknny..sy mesti boleh lakuknny..sy mesti kuat..wlpn org y sy syg pd masa itu tidak memberi sepenuhny sokongan pd sy..tapi sy tetap mjalankn perniagaan sy..sy b'usaha utk menyakinkn pelanggan sy ats semua perkhidmatan y sy berikn kepada mereka..di dlm ati sy cuma ada keikhlasan n kejujuran melakukan rawatan yang pelanggan sy inginkn..

Pd masa itu sy cuma ada sedikit ilmu shj..tp Alhamdulillah berkat keikhlasan , kejujuran n kesabarah..pelanggan spa sy semakin ari semakin bertambah..tp sy tdk bpuas ati dgn ape y sy ada..kerna sy mahukan kualiti n kepuasan pelanggan.dan sy mahukan produk y terbaik utk pelanggan sy..

Suatu pg sy tengok Selamat Pagi Malaysia..sy tertarik dgn info mengenai produk kecantikan SHAKILA SKIN CARE..sy terus hubungi HQ Shakila Skin Care..Alhamdulilah mereka melayan panggilan sy dgn baik..selang beberapa ari STOKIS SHAKILA SKIN CARE PAHANG turun berjumpa sy di spa sy..banyak info y sy dpt..sy terus mencuba produk tersebut..sy berpuas ati dgn produkny..Sy bersyukur kerna sy dh jumpa produk yang terbaik untuk pelanggan sy..

Pd awl thn 2011..sy myertai program Dr Azizan IMKK..dr situ hidup sy berubah..kerna sy blajar utk mngenali diri sy sendiri..n mengenali pelanggan sy..kata beliau dlm biz mesti ada mentor..
Pening gak kepala sy nk cr mentor..

Dlm kursus itu sy terjumpa Pengasas Shakila Skin Care iaitu Pn Shakila..bersyukur sgt2..xperlu sy pening2 kpl cari mentor..kerna sy dh jumpa..dari detik itu Pn Shakila mjadi mentor sy..terima kasih Pn Shakila kerna banyak membantu za ..tiap2 bln sy myertai kursus kecantikan d HQ shakila..byk y sy pelajari tentang kecantikan n kesihatan..sy tlalu bterima kasih kepada beliau..beliau juga tidak kedekut ilmu..dan seorg y sgt mesra..thanks Pn Shakila..

Kemudian sekali lagi sy menyertai program Dr Azizan iaitu AMP 2011 di Menara PGRM Cheras..disini sy didedahkan dengan ilmu permasaran..memang meletup..mata n minda sy lebih tbuka..sekecil biji kacang blh menjadi sebesar gunung..memang power..sy lakukan ape y ilmu  Dr azizan berikan..Alhamdulillah pelanggan sy semakin ari semakin bertambah..dan pelanggan sy yakin n percaya dengan kualiti n perkhidmatan yang kami berikan..

Jutaan terima kasih kepada pelanggan sy y sentiasa menyokong kami.. kami menghargai pelanggan kami...dan kami akan membuka 1 lg cawangan spa kami..Insyaallah pd hujung bulan 4 ini..

KUALITI & KEPUASAN PELANGGAN ADALAH KEUTAMAAN KAMI..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.