Dalam kaedah mandian hidroterapi di spa kami,kami menggunakan Moya Spa Aromatherapy yang dicampur dengan garam bukit Moya sebagai bahan utama. Terdapat 7 jenis minyak aromaterapi yang digunakan untuk masalah-masalah kesihatan tertentu seperti Camomile, Lavender, Juniper, Rosemary, Hayseed,Pine dan juga Eucalyptus. Produk ini telah diimport dari Jerman dan dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi. Moya Spa Aromatherapy adalah bahan yang dikhususkan untuk hidroterapi. Kesemua tujuh jenis aromaterapi yang telah disebutkan diatas memiliki faedah tertentu dalam kaedah penyembuhan penyakit dan terapi.
Camomile adalah sangat sesuai digunakan dalam mandian kerana ia mampu merawat kulit. Aromaterapi camomile dari Moya mampu membersihkan,melindungi kulit sensitif,kulit terbakar dan kesan terik matahari.
Lavender Bath Oil adalah khusus untuk mewujudkan ketenangan dalam diri individu.Aroma lavender yang nyaman,menyegarkan serta mampu mengurangkan stress yang dihadapi. Tubuh akan berada pada tahap normal dan rileks melalui bauan herba lavender serta ia membantu merawat insomnia dan menyeimbangkan pusat urat saraf dalam badan.
Juniper Bath Oil digunakan khusus untuk perawatan otot badan. Tumbuhan Juniper ini dikenali sebagai tumbuhan rempah lagenda. Juniper oil tidak mengandungi bahan bakteria dan ia adalah sangat bermanafaat dalam mengendurkan dan mengembalikan fungsi normal otot serta merawat bahagian badan yang bengkak.
Rosemary
Minyak mandian aromaterapi rosemary amat bagus digunakan dalam melancarkan peredaran darah. Orang Eropah percaya Rosemary Bath Oil mempunyai khasiat untuk menenangkan fikiran dan menghilangkan sedikit sebanyak perasaan sedih. Minyak Rosemary membantu mengembalikan ingatan, melancarkan peredaran darah, meningkatkan kadar metabolisma badan, menstabilkan tekanan darah bagi orang yang menghadapi tekanan darah rendah, menghilangkan migrain dan menghilangkan rasa letih. Ia amat sesuai digunakan ketika proses mandi hidroterapi di waktu pagi untuk membantu individu supaya cergas dalam menjalankan aktiviti-aktivi harian.
Minyak mandian aromaterapi Hayseed membantu pengguna untuk mengembalikan tenaga dalam badan. Mandian aromaterapi hayseed ini sangat digalakkan selepas penat bekerja sepanjang hari. Ia mampu menghilangkan rasa penat dan mengembalikan fungsi badan. Untuk merehatkan badan dan memulihkan otot agar kembali cergas, ia hendaklah dicampur bersama dengan air mandian suam.
Minyak mandian aromaterapi Pine membolehkan seseorang rasa bertenaga,menghaluskan kulit, dan membantu anda supaya tidur dengan lebih nyenyak pada malam hari. Pine bath Oil berkesan untuk membantu anda mencapai tahap fokus yang baik dalam melakukan sesuatu perkara.
Minyak mandian aromaterapi Eucalyptus memiliki kandungan cineol yang banyak. Ramuan didalamnya mempunyai khasiat untuk mengurangkan tekak yang tidak selesa,selsema, batuk dan kahak serta melancarkan saluran pernafasan seseorang. Ramuan minyak aromaterapi eucalyptus juga membantu dalam menghilangkan stress , membuat anda merasa segar, bersih dan nyaman.
Garam Spa Moya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.