Khamis, 3 Jun 2010

Pengenalan kepada Hidroterapi

Penggunaan air dalam kaedah rawatan telah lama diamalkan sejak dahulu lagi. Kaedah rawatan menggunakan air yang dikenali sebagai hidroterapi ini telah digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti menurunkan kadar tekanan darah tinggi,migrain dan sebagainya.


Kaedah hidroterapi dalam merawat penyakit ini telah lama bertapak dan diasaskan oleh beberapa orang pakar perubatan seperti Dr. Floyer dari England, Dr. Sebastian Kneipp dari Jerman dan Dr. Wilhelm Winternitz dari Vienna. Merekalah antara nama-nama yang terlibat dalam menengetengahkan hidroterapi dalam dunia perubatan.


Dewasa ini, penggunaan kaedah hidroterapi dalam merawat penyakit telah mendapat tempat dihati individu yang mahukan kehidupan yang sihat dan cergas. Mandian hidroterapi buih ultrasonik SG 2000 Home Spa kini semakin popular di kalangan masyarakat Malaysia kerana mempunyai kelebihan bagi merawat pelbagai jenis penyakit bahkan mampu mencantikkan luaran dan dalaman pengguna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.